Thursday, June 17, 2010

Malam Pavilion mencari hadiah ulang tahun Safiyyah Nuha

Cupcake Selamat Harijadi Safiyyah Nuha

29 Mei hari ulang tahun ketiga Safiyyah Nuha.

Sarapan pagi makan Cupcake Chic beli malam tadi. Kek Perisa Pandan Krim Tabur Kelapa okay rasa. Boleh beli lagi. Makan kek cawan sementara tunggu Sar goreng mee sepulang dari pasar. Mee Goreng Berkicap Pedas.

Selepas Zuhur. Suraya mengingatkan lagi. Malam ini kami terima jemputan makan kek cawan bersempena harijadi Safiyyah Nuha di rumah pasangan anakanda. Saya pula pada mulanya bila Suraya beritahu hal ini dalam perjalanan pulang kami dari The Curve malam tadi, memikirkan ini sekadar ajak-ajak ayam Khadijah.

Hari ini Suraya menegaskan lagi tentang jemputan ini. Lalu mahu tidak mahu. Petang ini destinasi jalan-jalan hujung minggu kami beragenda mencari hadiah harijadi buat Safiyyah. Kalau bukan kerana jemputan malam ini. Mungkin saya bertangguh beli hadiah sampai saya kuat sedikit dari masih penat badan mulai demam ini.

Keluar rumah berempat selepas pukul enam. Seperti biasa kini. Muhammad Idris pemandu nombor satu. Sampai Pavilion. Belum pun Maghrib.

Baru-baru ini baca blog sesaorang. Baru saya tahu. Terdapat satu lagi surau Pavilion di tingkat lima. Selama ini kami singgah surau di sebelah parkir aras B2.

Kami sampai tingkat lima. Saya tanya seorang petugas satu gerai cenderamata, wanita bertudung mungkin berumur sekitar lewat 30-an atau awal 40-an, samada tingkat lima ada surau. Oh tidaklah jauh dari situ. Selepas satu kedai barangan eletronik. Seberang sana kedai Nokia.

Susuri satu lorong sempit sebelum sampai surau.

Suraya mengomen. Kalau orang badan besar. Mungkin tidak muat lalu lorong ini.

Baru saya ingat. Kami pernah susuri lorong ini. Satu ketika dulu ketika Pavilion baru buka. Kami mencari surau ikut lorong ini berdasarkan papan tanda surau. Ketika itu surau itu masih dalam pembinaan.

Tunggu beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib. Beberapa mata orang muda mungkin hairan kenapa saya hanya berdiri di atas sejadah. Bukan duduk menunggu. Masalahnya kalau saya bersimpuh lama di atas lantai. Lutut saya sakit.

Seperti biasa masa Maghrib, ramai mulai menderu serbu surau. Selesa kerana lantai berkarpet dan dingin penyaman udara namun terlalu sempit. Lebih sempit dari surau lama Sogo. Luas selesa lagi surau di aras parkir sana. Saya lebih memilih surau tingkat parkir sana. Kecuali kalau solat Asar atau solat Zuhur. Bolehlah solat di surau kecil tingkat lima ini kerana waktu-waktu dua solat siang itu kurang ramai jemaah menyerbu surau.

Selepas solat Maghrib. Bersegera tuju deretan butik barangan kanak-kanak dan bayi dan kedai-kedai permainan. Keluar masuk kedai. Sudahnya masuk semula Mothercare. Itu kedai pertama kami berempat singgah sebelum masuk kedai-kedai lain. Beli satu educational toy. Radio berlagu abjad dan nombor.

Spaghetti Sos Tuna Coffee Bean Pavilion

Masa untuk makan. Tiga mahu singgah makan di Cafe Coffee Bean & The Leaf. Saya pula mahu cuba cafe lain. Menang tiga lawan satu. Muhammad Idris teringat-ingatkan Spaghetti Tuna cafe itu. Hidangan spaghetti dalam gambar kedua. Boleh guna kuasa veto ibu namun lebih meriah bila ramai senang hati.

Sebelum itu. Safura mahu singgah kedai Zara dan Envee dan Forever 21. Suraya menemankan Safura. Saya dan Muhammad Idris santai menunggu di bangku berpandangan kedai Sembonia di seberang sana.

Rakamkan gambar pemandangan sekeliling menangkap mata. Gambar tingkat bawah buat saya rasa gayat [gayat tempat tinggi] bila memandang bawah.

Sempat lagi singgah tandas.

Keluar dari tandas. Suraya sudah sampai. Safura belum lagi keluar dari kedai. Sudah pun pukul sembilan malam.

Turun ke aras bercafe Coffee Beans & The Tea Leaf. Lalu satu cafe coklat. Kata saya pada anakanda putera. Esok lusa kita datang sini. Kita singgah cafe ni minum coklat panas.

Berkelibat Chocolatier Cafe itu di dalam gambar tertera di atas. Gambar memandang ke bawah.

Safura mencadangkan kami singgah makan cafe di aras atas dari The Loaf. Pandang-pandang menu. Ada minuman meragukan.

Singgah The Loaf. Beli bungkus kek cawan keju kegemaran kami sekeluarga. Saya kurang gemar kek keju tetapi boleh makan kek keju kedai ini. Lembut mulus tidaklah terlalu manis.

Saya dan Suraya terpisah tanpa kami rancang dari Safura dan Muhammad Idris selepas eskalator menurun dari The Loaf. Saya dan Suraya terlepas turun sampai ke hadapan Medan Selera Food Republic.

Sempat singgah satu kedai majalah di sebelah eskalator di sebelah satu kedai pengurup wang. Kedai majalah | newsagent singgahan saya selalu kerana kedai ini antara kedai majalah sentiasa jual majalah Australia kegemaran saya, Delicious.

Hanya beli Delicious kerana rata-rata majalah Australia bulan Jun sudah pun saya beli. Women's Weekly, Donna Hay, Gourmet dan sebagainya.

Lelaki muda Melayu bertugas di kaunter bayaran. Terpacul baca kuat Delicious bila terbentang majalah Delicious di hadapan mata. Selepas saya ucap terima kasih kala terima baki wang dan resit, anak muda ini menjawab sambil memandang Suraya. Kasih diterima. Saya faham jawapan itu buat Suraya.

Sempat pula lagi singgah Watsons. Bergegas keluar dari Watsons bila terima panggilan dari Muhammad Idris.

Tea Latte Coffee Bean & The Tea Leaf Pavilion

Sampai Cafe The Coffee Bean & Tea Leaf. Hampir semua meja dipenuhi pelanggan. Selalunya tidaklah ramai seperti ini. Hujung minggu pertama selepas gaji.

Meja dengan empat sofa di sebelah kami. Meja kami hanya dua sofa. Kemungkinan satu sofa meja ini disorong ke sebelah. Sampai Muhammad Idris dan Safura. Saya cadangkan cari satu sofa lain. Dua dari kami boleh berkongsi satu sofa.

Pakcik Melayu di sebelah meja kami bila terdengar saya suruh cari sofa. Member tarik sofa rapat ke meja. Ingatkan member mahu pindahkan satu sofa kepada kami. Mereka hanya bertiga dengan empat sofa. Dua sofa untuk anak kecil pasangan ini pindah-pindah. Hmm begitulah orang kita. Hanya pentingkan diri sendiri. Walhal mereka sekeluarga hanya minum-minum kopi panas dalam cawan. Bukan makan-makan pun. Beg barangan shopping pun bukanlah berkoyan sampai perlu satu sofa ekstra.

Bila Muhammad Idris minta izin dari petugas cafe wanita muda remaja, kami mahu pindahkan satu sofa dari hujung sana, petugas itu mencadangkan dua dari kami duduk di satu meja makan dua kerusi masih kosong di luar sana cafe. Hmm suruh kami duduk berasingan dua meja jauh-jauh?

Saya hot pada lebih dari seorang. Panggil Muhammad Idris dan Safura. Kita pergi tempat lain.

Hmm selama ini kami berkategori pengunjung regular cafe ini. Hampir setiap kali datang Pavilion. Singgah cafe ini minum kopi atau teh sebelum pulang. Walaupun sebelum itu sudah makan di restoran lain. Selalunya kalau pergi memana mall. Makan berat sesampai mall. Singgah cafe kopi minum kopi atau teh selepas shopping. Selepas ini. Bercinta laa kot mahu singgah cafe ini lagi. Atau selepas reda rasa panas ini.

Sudahnya singgah Cafe Austin Chase Coffee selalu menyenangkan hati walaupun cappucinno dan tea latte cafe yang satu itu lebih sedap. Walaupun harga minuman dan makanan Austin Chase jauh lebih mahal. Namun layanan bagus menambah markah. Setakat tercatat entri ini. Juga cafe ini berwifi percuma kami sudah hafal kata laluan.

Walau bagaimanapun saya hanya selesa singgah Cafe Austin Chase Pavilion. Kurang puas hati dengan pengurus atau mandor bukan Melayu Cafe Austin Chase The Gardens kurang mesra pelanggan. Pun begitu sesekali selepas solat Isya' kalau tiba-tiba saya terasa mahu minum kopi putih, saya dan memana cahayamata pergi Cafe Austin Chase The Gardens. Dari rumah lewat pukul lapan. Sampai The Gardens awal pukul sembilan. Masih sempat singgah memana cafe minum tea latte.

Chocolate Black Forest kawan puf panas Austin Chase Coffee

Cafe Austin Chase Pavilion. Seperti biasa. Kami memilih sudut dengan sofa. Minum minuman dingin raspberri atau apa-apa buah berri blended warna ungu. Selalunya kalau singgah sini. Saya minum tea latte atau cappucinno. Seperti selalu. Saya suka kek coklat cafe ini. Muhammad Idris seperti selalu kalau singgah memana cafe. Suka makan puff dan apa sahaja sedara mara pastri.

Sampai bandar kediaman selepas pukul sepuluh malam. Terus pergi rumah pasangan anakanda hanya sepelaung dari rumah kami. Sar datang kemudian bermotosikal.

Sar melepasi pintu rumah pasangan anakanda, terjatuh telentang kerana lantai licin dan member baru basuh kaki di luar rumah. Ingatkan sesaja berbaringan, rupa-rupanya terjatuh.

Selesai sesi beri hadiah dan bergambar-gambar dan makan kek cawan Selamat Harijadi Safiyyah Nuha, Khadijah tempah secara online, saya pulang dulu. Penat amat sesangat. Masih belum hilang penat demam.

Malam ini buat pertama kali sedari zaman saya bersekolah rendah. Saya membonceng motosikal. Motosikal dipandu intan payung.

Sampai rumah. Oh baru terasa demam malam mulai menghimpit penat dan sakit sana sini.