Tuesday, April 3, 2012

Gurami Goreng Sambal Terasi Pisang Keju lewat malam selepas Pasar Baru Bandung Rumah Mode

Ikan Gurami Bakar Sambal Terasi 9:35:51 PM

26 Oktober 2011 Rabu

PASAR BARU BANDUNG | RUMAH MODE. Selepas makan tengah hari hidangan Sunda lewat pukul 2:00 petang di Restoran Nasi Bancakan. Sudah melepasi pukul 4:00 petang. Kami beransur pergi Pasar Baru Bandung.

Seperjalanan menuju Pasar Baru Bandung. Safura hantar SMS ke Malaysia urusan daftar buat membolehkan kad bank harimau Safura keluarkan duit di mesin ATM negara ini. Ada sedikit wang saya di dalam akaun Safura. Lalu bayaran lebih kurang RM12 yuran daftar itu nanti debit dari wang saya. Lalu tidaklah wang kiriman dari kawan Safura di Malaysia berkurang RM12. Kiriman wang buat beli barang dipesan. Sebagaimana saya beritahu semua anakanda. Jangan biarkan orang pesan beli barang hanya dengan bermodal air liur. Apalagi kalau perjalanan keluar negara. Kita pun perlu wang tunai di tempat orang.

Suzuki warna merah burgundi susuri sebelah satu kompleks kedai buku besar agam wah menariknya. Sayangnya kami kekurangan masa buat bersinggah sini. Kedai Buku Gramedia. Bangunan kompleks kedai buku di Jalan Merdeka ini seperti bangunan mall. InsyaAllah akan berusaha singgah sini kalau sampai Bandung lagi. Kelihatan ramai orang muda di perkarangan bangunan ini. Orang muda gaya pelajar IPT.

Aduh aduh kereta kami naiki berharuman aroma Kuih Balok saya beli bungkus panas-panas. Memang menggoda rasa. Tunggu sampai hotel.

Pak Ali parkir Suzuki merah di tingkat paling atas bangunan Pasar Baru Bandung. Kala kereta baru saja sampai tingkat ini. Pandangan bangunan-bangunan tinggi kota Bandung berpayungkan langit rembang petang. Pukul 5:00 Bandung sudah lewat petang kerana waktu Maghrib sini satu jam lebih awal dari semenanjung Tanah Melayu. Lebih kurang masa Maghrib di negeri di bawah bayu.

Kereta parkir di hadapan Masjid Jami Uswatun Hasanah Pasar Baru Trade Centre. Masjid di dalam pasar. Masjid memanjang di tingkat paling atas pasar ini. Kelihatan kosong lengang masjid bertikar jerami warna hijau.

Sebelah kanan dari masjid ini kalau dari Suzuki merah. Kami turun ke tingkat bawah menuruni tangga batu tinggi sempit seperti eskalator hanya buat seorang. Tingginya seperti eskalator tetapi lebih curam sudut sendengnya. Oh gayatnya saya. Syukurlah tidak pening ketika menuruni tangga ini. Syukur lega bila sampai bawah.

Selepas itu kami turun ke bawah lagi menaiki lif sampai tingkat barangan busana muslim.

Masa datang sini dengan Pak Ahmad. Pak Ahmad hanya turunkan kami di parkir. Pak Ahmad tidur di dalam kereta kot. Semasa kami datang semula ke kereta. Pak Ahmad berwajah seperti baru jaga dari tidur. Bagusnya Pak Ali. Turut menemani kami sampai masuk dalam kedai. Kiranya Pak Ali bukan hanya sekadar supir. Hal ini sangat dihargai kami sekeluarga. Kami sepakat setuju Pak Ali seperti lagi bagus khidmat. Harap-harap jangan Pak Ahmad baca blog ini.

Komen Sar. Kami pergi Jakarta. Kalau kami tersesat jalan. Orang pun takut tipu atau atau cuba mengganggu bila melihatkan Pak Ali dengan susuk badan besar tinggi berwajah garang.

Kedai telekung Pasar Baru Bandung 4:21:27 PM

Kami berpecah kepada dua kumpulan. Sar temani saya. Pak Ali teman dua anakanda puteri mahu cari kedai kain kapas. Saya ingatkan Pak Ali. Tolong bawa Safura kepada mesin ATM. Sebelum itu sempat Safura teman saya singgah satu kedai jual skirt labuh berhampiran lif. Sayangnya tiada warna Safura berkenan. Saya beli satu skirt labuh kain kapas dalam warna kelabu. Hanya 50 ribu Rupiah. Boleh laaa. Buat skirt basahan.

Tujuan saya datang pasar ini hanya mahu beli telekung ataupun orang sini sebut mukena. Bunyinya Mu Kena. Boleh buat lawak kalau orang negeri Zawani. Lalu selepas beli lima pasang telekung kapas sulam, selesailah sesi beli-belah saya di sini. Kalau dulu-dulu saya gemar beli telekung sutera negara ini, kini saya lebih memilih telekung kain kapas lebih selesa. Kalau pun beli telekung sutera. Bukan jenis sutera licin berkilat itu.

Badan pun mulai penat. Kering tekak mahu minum minuman dingin. Selepas beli satu botol air mineral dingin dari kotak jual minuman berisi air batu di hadapan kedai jahit satu keluarga orang Cina tetapi bertutur dalam bahasa Indonesia tiada pelat Cina, kami suami isteri cari tempat duduk sebelum minum. Mana boleh minum berdiri. Makruh minum berdiri.

Sesampai kami di hadapan satu kedai beg orang Cina bersetentangan dengan pagar besi koridor. Kami minta izin mahu guna bangku kosong di sebelah kedai mulai tutup petang. Saya duduk menunggu di sini. Sar mahu jengah dua anakanda puteri di tingkat bawah.

Setelah tahu di mana dua puteri ditemani Pak Ali bodyguard kami, Sar datang semula. Kami sepakat turun pergi tingkat bawah dimana dua anakanda sedang shopping kain ela kapas.

Sementara tunggu lif. Sar telefon kawan pensyarah nama Raza sama hotel penginapan dengan kami. Sar tanya di tingkat berapa kedai jual jaket kulit.

Juga sempat Sar rakamkan gambar papan tanda senarai kedai di sebelah lif. Bagaimanapun senarai ini senarai lama kerana beberapa senarai di situ tidak sama dengan kedudukan kedai.

Perhatikan ejaan Xenter itu.

Pasar Baru Bandung papan tanda sebelah lif 4:13:08 PM

Sampai tingkat kedai-kedai kain ela. Wah dua anakanda masih ralit di dalam kedai kain. Saya kurang berminat lagi beli-membeli. Badan penat. Mahu rehat. Alhamdulillah ada satu bangku|stool PVC warna merah di hadapan kedai kain Safura dan Suraya sedang beli kain. Juga ada kerusi buat Sar.

Selepas ke hulu hilir teman dua anakanda kami, Pak Ali pun duduk tidak jauh dari kami.

Datang seorang anak muda jual beg besar. Saya berkenan tetapi sebelum itu di pintu lif di tingkat busana muslim, seorang anak kecil lelaki berumur sekitar 7 atau 8 tahun, mahu jual beg kanvas ini dengan harga hanya 20 ribu Rupiah tetapi saya tidak sempat beli kerana pintu lif ditunggu sudah terbuka.

Anak muda yang ini jual 25 ribu Rupiah. Puaslah saya minta tawar namun keras hati anak muda ini. Melihatkan tiada seorang pun pelanggan keluar masuk kedai kain itu pedulikan rayuan menjual anak muda ini, saya beli atas rasa simpati. Lagipun berguna juga nanti beg besar ini. Beg kain kanvas+plastik saya kurang pasti nama material beg ini. Selalunya diguna sebagai beg beli-belah tetapi yang ini dalam saiz besar. Motif luar beg pun menarik. Motif warna coklat ala beg jenama mahal. Motif pada beg saya beli ini ala-ala beg LV.

Pak Ali senyum bila saya komen tidak dapat tawar sedikit pun. Juga senyum bila saya beritahu saya beli beg ini kerana kasihan. Kalau hari pertama dulu Pak Ali seriusnya wajah, kini Pak Ali kerap senyum.

Beli kain ela sepetang Pasar Baru Bandung 5:13:28 PM

Suraya mulai penat shopping. Duduk di atas bangku stool di sebelah saya. Saya beritahu di tingkat atas tadi saya nampak kedai-kedai tudung boleh tahan murah tudung. Suraya ke tingkat atas di temani Sar. Pak Ali bangun pergi temankan Safura di dalam kedai kain.

Gambar di atas ini dari sudut saya sedang duduk rehat di atas bangku di hujung eskalator.

Suraya turun semula. Walaupun murah tetapi tudungnya kurang lawa. Pada saya. Pilihan tudung dan telekung di Pasar Tanah Abang di Jakarta sana lagi pelbagai. Sudah tentu telekung-telekung lebih pelbagai cantik di Padang kota industri telekung sulam. Bagaimanapun menurut seorang peniaga dari Padang di Tanah Abang. Walaupun telekung-telekung itu datang dari Padang, harga lebih murah di Tanah Abang kerana telekung-telekung itu memang pengeluarannya buat pasaran di Jakarta.

Peniaga jaket kulit itu beritahu dia kerap berulang pergi Malaysia kerana ada bisnis di Malaysia. Kata saya di dalam hati ketika itu. Sampai Malaysia berniaga elok-elok. Buat kerja halal. Jangan pecah rumah orang. Nanti tak fasal-fasal mati kena tembak polisi.

Pasar Baru Bandung 5:12:05 PM

Lamanya Safura shopping kain. Sebahagian daripadanya kain dipesan kawan-kawan. Memamg murah. Kualiti kain kurang pasti kerana saya sekadar pandang dari jauh. Tidak masuk kedai pun.

Mata pandang sana sini. Sama sebagaimana di negara Malaysia. Rata-rata kedai kain ela sini pemiliknya mereka berketurunan India Muslim. Juga susun atur pameran kain jualan di kedai sini kurang kemas tersusun berbanding dengan susun atur kain di kedai kain Malaysia. Mungkin kerana kedai-kedai sini bertahap pasar harga borong.

Lega bila Safura selesai shopping. Masa untuk beredar pergi Rumah Mode pula.

Ketika susuri koridor kedai kain. Terdengar seorang tuan punya kedai kain ela ini berbual dengan seorang lagi lelaki mirip wajah mungkin bersaudara. Kaget kerana lelaki Punjabi ini bertutur di dalam bahasa Melayu Indonesia tiada langsung slang Punjabi atau Hindi. Selagi aku masih ada. Kedai ini aku masih boleh urus bla bla bla..

Pertama kali dulu terdengar satu keluarga keturunan India negara ini bertutur fasih di dalam bahasa Indonesia | Satu hari di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta | Saya kaget. Pun kali kedua ini masih tetap kaget. Tidak seperti Malaysia, ramai keturunan India dan Tionghua dilahirkan di negara Malaysia, pelat pertuturan dalam bahasa Melayu bercampur-campur Melayu dan Inggeris | Warga keturunan India, Punjabi dan Cina Indonesia fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan mereka.

Lelaki Punjabi tokeh kedai kain itu. Sedikit kelibat dalam gambar di atas ini.

Sekali lagi guna tangga kecil sempit curam itu. Pun begitu ketika menaiki tangga, kurang gayat sebagaimana ketika menuruni tangga.

Kalau sesampai kami tadi hari mulai rembang petang. Ketika kami keluar dari pasar ini hari mulai merah senja.

Rumah Mode Bandung biru mengundang tamu 2:54:08 PM

Sesampai Rumah Mode sudah awal malam selepas Maghrib. Sama seperti pertama kali sampai sini dulu. Pun kami sampai dalam renyai hujan. Hanya hujan awal malam ini sekadar hujan rintik-rintik halus. Hujan masa dulu itu lebih deras renyai.

Kini sudah ada satu lagi bangunan baru Rumah Mode di sebelah kompleks Rumah Mode ini. Bagaimanapun kali ini kami hanya tuju bangunan Rumah Mode kami sudah biasa pergi.

Mode itu bunyinya sebagaimana bunyi Tose atau Kobe.

Kami semua berpecah. Sar seorang diri ronda bahagian pakaian lelaki. Suraya dan Safura ronda bahagian busana remaja. Pak Ali hilang entah pergi mana. Mungkin pergi surau. Saya ronda seorang diri.

Setelah tawaf dua tiga kali. Tiada pun yang berkenan di hati ini. Baju kita berkenan tiada pula saiz. Mahu beli baju Safiyyah pun tiada yang menawan di mata. Lagipun Ummi Safiyyah tokeh busana kanak-kanak pelbagai jenama terkemuka secara online. Sudahnya saya hanya beli beg kecil Hello Kitty warna hitam buat Safiyyah.

Pergi pula bahagian tas di bangunan lain. Murah tas jenama mahal. Saya tanya kenapa harganya begitu. Menurut gadis manis di sudut tas jenama ternama. Ini kerana tas-tas ini walaupun original bukan tiruan tetapi dalam versi kulit tiruan bukan kulit asli. Oh begitu.. Tergoda juga kerana murahnya harga namun terfikir sendiri, malu pada diri sendiri. Tunggu murah rezeki beli yang kulit asli.

Pun begitu sempat juga membeli-belah di kedai tas dan beg ini. Saya sebenarnya mencari beg bagasi.

Selepas shopping. Jumpa Sar sedang berehat di bangku di laman berperhiasan patung hitam Dayang Sumbi di hadapan pintu utama bangunan utama Rumah Mode. Patung Dayang Sumbi tanpa baju. Oh oh zaman lagenda Sangkuriang dulu wanitanya tidak pakai baju hanya pakai kain sarung?

Sempat lagi bergambar-gambar pegang beg-beg shopping buat kenangan, sebelum pergi beli makanan ringan. Sebenarnya saya sudah terlihat kioks Tahu Goreng.

Wah boleh tahan juga tuan profesor kita shopping. Beli beberapa pasang seluar dan kemeja.

Beli Tahu Goreng pun sedap sebagaimana dua Tahu Goreng sebelum ini. Tauhu Goreng Sumedang di Tempat Istirehat KM52 Cikampek. Tauhu Goreng Gunung Tangkuban Parahu. Kali ini Tauhu Goreng dengan Sos Cili. Komen saya sambil makan di sebelah Sar. Sedap sedap! Sedap makan panas-panas!.

Datang Suraya dan Safura minta pinjam 100 ribu Rupiah setiap seorang dari Sar. Baju Zara murah-murah.

Tanya saya. Ori ke tu? Kata Suraya memang original tetapi versi DFO|Factory Outlet.

Pindah bangku. Kali ini kami duduk di bangku di sebelah pintu Rumah Mode. Bangku sederet dengan bangku Pak Ali sabar menunggu kami. Mestilah sabar kerana khidmat berbayar.

Gambar di bawah ini. Kami duduk di bangku di sebelah kanan pintu.


Sesi bergambar lagi selepas selesai dua anakanda shopping.

Saya temankan Safura pergi tandas selepas sebelum itu saya baru pulang dari tandas. Temankan Safura kerana tandasnya di belakang. Juga kerana berhasrat mahu beri tip pada gadis penjaga tandas. Ketika pergi pertama kali, saya tiada wang kecil. Minta wang kecil dari Sar sebelum temankan Safura. Tandas Alhamdulillah bersih dan cantik lorong menuju tandas dengan kayu pergola memayungi lorong. Kawasan persekitaran Rumah Mode ini memang menawan seperti rumah di pagari taman. Bangku-bangku rehat di sekeliling bangunan. Pun begitu satu perkara kurang bagus kompleks Rumah Mode ini. Banyaknya patung-patung batu saiz manusia. Memang negara ini gemar pada ukiran patung. Kalau di Jakarta. Merata-rata patung manusia.

Kami semua berkira-kira mahu makan malam di dalam kompleks bangunan kedai makan hanya di seberang dari bangunan utama Rumah Mode. Sayangnya semua kedai makan mulai tutup menjelang pukul 10:00 malam. Kami berkira-kira mahu makan di Restoran Bumbu Desa sudah tutup malam. Rata-rata kedai makan lain pun mulai tutup. Dua anakanda hanya sempat beli bungkus kek dan pastri.

Ikan Gurami|Tilapia Bakar Sambal Terasi|Belacan 9:36:02 PM

Masa untuk makan malam. Semua masih kenyang lalu kami hanya berhajat minum minuman panas dan makan makanan ringan. Bagaimanapun Pak Ali bawa kami pergi restoran makan nasi. Restoran makanan Sunda saya lupa nama kala mencatat ini. Restoran dengan pondok-pondok makan. Sebelum tempuh pondok-pondok makan, kami tempuh lalu ruang makan dengan meja makan.

Sar tidak mahu makan. Hanya minum minuman panas. Pak Ali pun hanya minum. Safura makan Pisang Keju hidangan istimewa Bandung. Saya belum pernah jamah pisang kegemaran dua puteri. Baguslah saya tidak rasa. Kot kot sedaplah sangat. Susah pula nanti bila teringat mahu makan kerana setahu kami, setakat ini belum terjual juadah ini di Malaysia. Kalaupun mungkin sudah terjual di Malaysia. Kami pun belum tahu di kedai mana.

Suraya makan Rojak Tauhu. Hanya saya makan nasi dengan Ikan Gurami Goreng Pedas dan Sambal Terasi. Juga Ulam-ulaman. Ikan Gurami atau gurame itu ikan tilapia. Saya minta yang lain-lain tolong ratah ikan. Mana mampu saya seorang habiskan seekor ikan.

Pondok makan restoran lupa nama malam Bandung 10:08:53 PM

Gambar di atas ini. Pondok kami makan duduk bersila|bersimpuh dengan pinggan cawan selepas makan belum diangkat itu. Pondok-pondok bertiang buluh. Laman di tengahnya danau bercahayakan lampu gasoline.

Selesai minum Sar bangun tinggalkan kami bertiga dengan Pak Ali. Kata Safura memang suka bergurau berlebih. Abah nak pergi buang angin laa tu.

Kami minta bungkus sebahagian daripada makanan tidak habis makan. Gadis-gadis pelayan restoran ini cantik-cantik manis belaka. Memang pun selama ini saya difahamkan wanita sini cantik-cantik menawan.

Komen saya. Wanita Sunda memang cantik-cantik manis. Komen balas Pak Ali senyum-senyum meleret. Tidak juga semua cantik. Yang jelik pun ramai. Pak Ali mengusyar wanita Malaysia ya.

Sebelum kami tinggalkan pondok. Datang seorang gadis manis promosi minuman sarang burung berubat. Memang terpikat pada kelebihan minuman ini bermacam-macam khasiat. Rasanya pun sedap segar. Kami diberi percuma minum secawan kecil minuman ini. Namun mengenangkan bagaimana mahu dapatkan stok susulan, maka tidaklah kami beli pun.

Selepas gadis promosi minuman berubat itu beredar pergi, baru Safura kemukakan cadangan kenapa tidak beli dan bekalan seterusnya kami pesan pos melalui Pak Ali. Hmm lain kalilah. Malas urus beli lewat malam begini.

Bergambar-gambar sebelum tinggalkan pondok makan.

Restoran lupa nama malam Bandung 10:10:55 PM

Ketika kami berurusan di kaunter bayaran. Ruang makan restoran ini kosong tiada seorang pun pelanggan. Kami pelanggan terakhir.

Kami bergambar-gambar berlatar-belakangkan restoran bersih berkilat sunyi sepi lengang. Restoran kontemporari namun sebagaimana rata-rata restoran mewah sini, masih tetap menerapkan ciri-ciri senibina tradisional negara ini. Sentuhan dinding anyaman buluh dan pondok makan berbumbung atap nipah ataupun rumbia. Kalau restoran mewah kita kerap dengan lagu-lagu orang putih. Restoran sini selalunya memperdengarkan lagu tradisional mereka. Kalau di Bandung ini. Selalunya restoran sini memperdengarkan alunan lagu-lagu dalam bahasa Sunda lembut halus seni irama. Manakala restoran Nasi Padang dengan lagu-lagu tradisi Minang.

Saya berkira-kira mahu bergambar-gambar di hadapan gapura pintu utama restoran ini. Bagaimanapun terpaksa batalkan rancangan mahu bergambar bila beberapa orang lelaki penjual barangan cenderamata menunggu kami di hadapan pintu. Saya bersegera memasuki kereta. Pun begitu sempat seorang daripada mereka ini mengekori saya dan Safura sampai pintu kereta. Saya berkira-kira mahu beli set kipas mini dari kain batik tetapi segera batalkan hasrat mahu beli bila Sar menegur dari dalam kereta, Tak payah lahh..


Perjalanan pulang selepas makan selepas pukul 10:00 malam. Cerita ceriti seperjalanan pulang. Kami singgah lagi stesen petrol kami singgah pagi tadi dan malam semalam. Sar masuk kedai cari Panadol. Kami berempat tunggu di dalam kereta. Kereta parkir di sebelah kioks kaca pengurup wang sudah tutup selepas pukul 10:00 malam. Bila saya diam malas berbual. Mungkin rasa kurang selesa. Pak Ali keluar dari kereta.

Seperjalanan pulang ketika menghampiri Hotel Novotel. Bila Sar beritahu Pak Ali yang keesokan pagi kami akan dihantar pergi bandara oleh Pak Ahmad. Cerita Pak Ali. Pak Ali pernah jemput lima wanita Malaysia datang dengan lima beg besar. Pulangnya mereka ini bawa dua kali ganda beg-beg besar sampaikan mahu pergi lapangan terbang terpaksa guna dua kereta.

Kata hati saya. Mereka itu semestinya datang Bandung dengan niat shopping sakan bukan sekadar darmawisata Bandung. Teringat pada beberapa orang kawan perempuan yang rutin setahun lebih dari sekali datang Bandung dengan geng kawan-kawan perempuan bertemakan perjalanan Jalan-Jalan Shopping Bandung. Entah-entah salah seorang kawan ini adalah salah seorang di dalam grup pulang dengan dua kali ganda jumlah beg itu.

Malah menurut Pak Ali. Pak Ali mengenali grup orang Malaysia yang datang shopping di sini sebulan sekali. Waduh! Sebulan sekali? Itu datang sambil menyelam minum air kot. Datang sini angkut barang bisnis.

Hotel Novotel selepas pukul 11:00 malam. Sampailah sudah waktu berpisah. Salam bersalaman Pak Ali dan Sar. Pak Li tunduk hormat senyum dengan dua tapak tangan rapat ke dagu bila ucap terima kasih pada saya. Pesan saya. Nanti kalau Pak Ali tukar nombor telefon. Jangan lupa beritahu kami nombor baru. InsyaAllah kita jumpa lagi.

Sebelum kembali ke kamar. Sar teman saya singgah kedai hotel. Beli Kacang Bandung kerana kacang dari Medan sudah habis kami makan. Sebenarnya saya yang banyak makan. Beli Kacang Bandung sebagai buah tangan dari Bandung. Juga beli sebotol air mineral dingin dari peti ais. Pergi dan pulang dari kedai ini terpaksa tempuh restoran hotel sudah mulai mahu tutup pukul 12:00 malam. Beberapa petugas restoran ucap selamat pada kami. Lupa saya, ucapan apa, kala sedang mencatat ini. Selamat Malam laa kot.

Kemas mengemas sebelum tidur. Jengah kamar dua anakanda puteri. Mak Aihh berseleraknya kamar dengan beg shopping. Pesan saya. Jangan lupa kemas semua bagasi sebelum tidur. Esok pagi kami pergi lapangan terbang seawal pukul 6:30 pagi kerana penerbangan pulang Kuala Lumpur sebelum pukul 8:00 pagi. Juga cuba habiskan semua makanan di dalam peti ais. Habiskan buah strawberi beli di Lembang.

Sar seperti biasa tidur awal. Saya kemas bagasi sampai selepas pukul 12:00 malam.

Hmm sebagaimana saya khuatiri sebelum kami terbang. Selepas Sar mengosongkan beg bila tahu beg-beg kami bertiga kosong. Aci apa kena beli satu beg bila sampai Bandung. Barang shopping member pun bukan sedikit. Kalau saya tidak beli beg 25 ribu Rupiah di Pasar Baru Bandung. Memang tiada tempat buat simpan barang shopping bos. Kan kita dah kata!. Faham sangat fe'el member. Lalu malam ini saya berusaha cukupkan muatan beg. Beg 25 ribu Rupiah itu pagi esok akan saya balut dengan plastik lutsinar sebelum terbang. Harap-harap Lapangan Terbang Husein Sastranegara ada servis balut itu.

Kuih Balok saya beli di Restoran Nasi Bancakan. Oh oh kurang mari pada saya. Tertipu oleh haruman menggoda kalbu mirip aroma Kuih Bahulu. Saya hanya gigit sedikit. Terasa liat bukan lembut mulus gebu seperti Kuih Bahulu. Siapa mahu habiskan kuih saya beli setengah dozen ini? Hmm saya berkira-kira mahu tinggalkan kuih ini di dalam peti ais buat pekerja housekeeping.

Gambar di bawah ini. Pisang Keju Bandung bukan Kuih Balok. Pisang Keju makanan kami mula kenal di Bandung. Manakala Kuih Balok pula mengingatkan saya kepada Pantai Balok, Kuantan.

Pisang Keju Bandung 9:37 malam